Malaysia catat 6,709 kes baharu Covid-19

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES harian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend menurun apabila melaporkan 6,709 jangkitan baharu hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini 2,346,303.

Perkembangan itu dikongsi Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.

Jumlah jangkitan terbaharu itu adalah terendah dicatatkan di negara ini sejak 7 Julai iaitu 7,097 kes dan pertama kali turun ke angka 6,000 setelah kali terakhir dengan 6,387 kes pada 5 Julai lalu.

Berdasarkan data dikongsi di laman web Covid Now, jumlah kes baharu ini ini juga menyaksikan mencatatkan kes di bawah 10,000 buat hari kesembilan berturut-turut sejak 3 Oktober lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here