MAJLIS Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengeluarkan satu notis serta melakukan tiga sitaan terhadap balang jeruk pelam menerusi Ops Bersepadu penjaja di lampu isyarat sekitar daerah itu.
Operasi dijalankan mulai jam 3 hingga 6.30 petang kelmarin melibatkan enam persimpangan lampu isyarat iaitu di Pekan Lama Kuala Selangor, Teluk Piah, Assam Jawa, Bukit Rotan, Sungai Buloh dan Simpang 3 Jeram.
Menerusi satu hantaran di Facebooknya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan operasi melibatkan enam penguatkuasa MPKS, tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor serta seorang pegawai Jabatan Korporat MPKS.
“Pemantauan penjaja di Lampu Isyarat menyebabkan gangguan lalu lintas. Jumlah lokasi lampu isyarat yang diperiksa enam.
“Satu notis dan tiga sitaan lokasi sitaan (balang jeruk pelam),” tulis hantaran tersebut. – Malaysiapost

