Pak Long Mail seronok balik kampung, makan tak ikut protokol

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkongsi keterujaan beliau pulang ke kawasan Parlimennya di Bera.

Perdana Menteri semalam pulang ke Parlimen Bera yang diwakilinya untuk hadir beberapa program bersama rakyat serta parti.

Beliau turut berkongsi gambarnya mengambil sendiri nasi dan lauk tanpa protokol atau siap dihidangkan di atas meje seperti kebiasaan, selepas menghadiri satu program Umno di Bera.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil sendiri nasi dan lauk tanpa protokol atau siap dihidangkan di atas meje seperti kebiasaan, selepas menghadiri satu program Umno di Bera.

“Saya memang seronok tiap kali pulang ke Bera, bukan sahaja dapat makan lauk kampung tetapi tidak perlu protokol.

“Boleh senduk lauk sendiri sebagai Ahli Parlimen tempatan. Best,” katanya Perdana Menteri menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya hari ini.

Antara program dihadiri Ismail Sabri atau turut mesra dengan panggilan Pak Long Mail ialah penyerahan bantuan kepada rakyat di Triang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here