Yang Dipertua nak jadi peguam bagi pihak perasuah pasal apa, soal Anwar

0
2

[PARLIMEN] KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Speaker Dewan Rakyat kerana dakwanya cuba menjadi ‘peguam’ kepada kepada nama-nama besar dikaitkan dalam pendedahan laporan Pandora Papers.

Beliau turut menzahirkan rasa kecewa apabila Datuk Azhar Azizan Harun memutuskan untuk menolak usul dikemukakannya pada minggu lalu supaya isu tersebut dibahaskan dalam sidang Parlimen.

Anwar menjelaskan, pendedahan laporan Pandora Papers itu membabitkan transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang sekali gus memberi kesan kewangan besar kepada negara.

“Yang Dipertua hendak jadi peguam bagi pihak perasuah pasal apa? Saya ada dokumen bagaimana seorang menteri umpamanya boleh simpan pemain saham di sana.

“Kemudian ini bukan pengaliran keluar (dana dari Malaysia)? dari mana? dari langit? Maksudnya dari sini, sebab itu saya kait tiga perkara iaitu Laporan Integriti Kewangan Global 2012, Panama Papers 2015 disusuli 2021 (Pandora Papers) yang jumlah ratusan bilion,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson membantah penjelasan Azhar yang memaklumkan pendedahan dalam Pandora Papers itu bukan berkaitan pengeluaran dana daripada Malaysia ke luar negara, sebaliknya berkaitan pemegang saham di syarikat pesisir.

Minggu lalu, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun, Azhar menolak usul itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan mengetepikan urusan yang telah ditetapkan aturan urusan mesyuarat.

Baru-baru ini, beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.

Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menurut pendedahan tersebut, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here