SERAMAI 30 pesakit di dua wad dipindahkan susulan kebakaran di Hospital Pantai di Pesiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang malam tadi
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, turut dipindahkan adalah 20 kakitangan hospital tersebut.
Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 11.38 malam tadi sebelum menggerakkan 13 anggota berserta jentera, lapor Astro Awani.
“Kebakaran melibatkan dua bilik wad dan telah dikosongkan.
“Pasukan bomba kemudiannya menggunakan konsep ‘receo’ iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman,” katanya.
Mengulas lanjut, Norazam berkata kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian.
“Operasi ditamatkan pukul 12.57 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – Malaysiapost
Kredit Foto: Awani

