KJ terima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah WHO

0
1

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Ucapan terima kasih tersebut dizahirkan menerusi ciapan di laman Twitter, ditujukan kepada Khairy atas kepimpinan dan galakan untuk menyuarakan mengenai isu kesihatan mental.

Dr Tedros juga menyuarakan pandangan sama iaitu semua pihak harus memandang serius dalam mendepani kesihatan mental.

“Terima kasih atas kepimpinan anda dan memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk membincangkan mengenai #mentalhealth, Menteri Kesihatan @Khairykj. Bersama-sama kita penjagaan kesihatan mental yang berkualiti untuk semua!,” kata Dr Tedros dalam ciapan itu.

Sementara itu, Khairy turut membuat hantaran balas penghargaan kepada kepimpinan Dr Tedros di peringkat global.

Khairy berkata, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan rawatan kesihatan mental boleh diakses oleh setiap lapisan masyarakat.

Menurutnya, masyarakat perlu menghapuskan stigma terhadap pesakit yang mendapat bantuan kesihatan mental kerana secara tidak sedar ramai yang sedang menanggung masalah itu dalam senyap.

“Terima kasih, DG, atas kepimpinan anda di peringkat global. Kita mesti menjadikan penjagaan kesihatan mental lebih mudah diakses oleh semua orang dan menangkis stigma terhadap mereka ingin meminta pertolongan. Terlalu ramai yang menderita dalam diam,” ciapnya.

Terdahulu, Khairy menjelaskan kerajaan sedang berusaha mengubah stigma melibatkan penyakit mental bagi memastikan golongan yang terkesan mendapat peluang rawatan dan dibantu tanpa perlu dipandang serong dan dikenakan tindakan undang-undang.

Ia termasuk usaha melakukan beberapa perkara termasuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan penyakit mental. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here