BERANG dengan strategi pemasaran ‘melampau’, penyanyi dan pelakon popular, Elly Mazlein menegur peniaga supaya tidak bertindak keterlaluan dalam mempromosi produk.
Menerusi InstaStorynya, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom-Pom juga menegur tindakan ‘daring’ individu terutama kaum wanita untuk tujuan berkenaan.

Elly berkata, tindakan melampau itu termasuk berjoget-joget bagi wanita bertudung selain aksi yang tidak sepatutnya untuk tujuan pemasaran.
“Ni nak cakap sikit, sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak jual product, jual betul-betul la.
“Marketing elok-elok la sikit. Ni bagi video goyang? Buah dada la… wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar?
“Jangan bagi aku iklan bing4i macam ni ya. Shameon you. Booooo,” tulisnya.
Namun, Elly tidak merujuk kepada mana-mana individu atau produk, namun menasihatkan pengusaha produk untuk lebih peka dalam isu berkenaan.
Elly yang berkahwin dengan seorang guru, Azlan Che Nuh, 30, pada 18 Januari 2020 kini sedang sarat mengandung dan dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang berusia lima tahun. – Malaysiapost

