RMK-12 tiada perancangan tangani hala tuju anak muda

0
1

RANCANGAN Malaysia Ke-12 (RMK-12) didakwa tiada perancangan dan perangkaan menyeluruh ke mana hala tuju anak muda ingin dibawa selepas menamatkan pengajian mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata isu pekerjaan tidak lagi diangkat menjadi agenda utama sejak krisis kepimpinan negara.

“Perkara ini sudah pasti merugikan masa depan negara di samping mengurangkan potensi mereka untuk menjadi pekerja yang berkemahiran tinggi.

“Mengenai peluang pekerjaan yang disasarkan oleh kerajaan yang berkata menyediakan peluang pekerjaan 500,000 masih kurang jelas dan menjadi persoalan dari mana kerajaan akan memperoleh pekerjaan yang dijanjikan.

“Sektor apa yang akan menjanjikan peluang pekerjaan sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, peningkatan penggangguran, kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 merupakan suatu cabaran buat seluruh rakyat Malaysia.

Lebih malang lagi, katanya, ramai dalam kalangan mereka yang mengganggur merupakan siswazah dari kelompok kumpulan isi rumah terendah, B40 dan keluarga miskin.

“Memetik kenyataan Ahli Parlimen Kapar, YB Abdullah Sani, kerajaan dilihat seperti tiada hala tuju untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here