
MALAYSIA hanya mencatatkan satu kematian akibat Covid-19 melibatkan pesakit yang meninggal dunia dalam rawatan di hospital, semalam.
Berdasarkan data di portal COVIDNOW, sejumlah 131 kes kematian tertunggak dilaporkan semalam, termasuk 26 kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan, menjadikan kumulatif angka korban di negara ini mencecah 27,113 kes.
Setakat ini keseluruhannya seramai 5,450 pesakit Covid-19 meninggal dunia di luar fasiliti hospital (BID).
Setakat semalam, negara mencatatkan 69.3 peratus kematian pesakit Covid-19 yang belum divaksin.
Sementara itu, mengenai kes kebolehjangkitan Covid-19, data berkenaan memaparkan sehingga kini 129,049 kes yang aktif, daripada jumlah itu 103,717 kes atau 80.4 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.
Selain itu, sejumlah 16,558 kes bersamaan 12.8 peratus pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (7,947), unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (382) dan ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan (445). – Malaysiapost
