Umno tak mahu belajar dari sejarah – Adly

0
1

UMNO tidak pernah mahu belajar dari sejarah lampau, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu mendakwa krisis politik yang berlaku di negeri itu berpunca daripada kepincangan dan salah guna kuasa kerajaan negeri sedia ada.

“Semua ini berlaku di kala kita hadapi Covid-19 dan ekonomi terburuk dalam sejarah Melaka dan Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana melapangkan masa bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada.

Katanya, pertemuan itu membincangkan banyak perkara terutama berhubung kepincangan pentadbiran negeri.

“Banyak perkara dibincangkan terutama kepincangan kerajaan sedia ada.

“Isu tambakan laut, rebutan konsesi pasir, agihan kebajikan berasaskan politik kepartian, kelemahan membuat keputusan di mesyuarat kerajaan negeri, dasar tanah yang memihak, salahguna kuasa melampau dan banyak lagi kerakusan kuasa,” dakwanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Adly Zahari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here