Pemandu e-hailing tunjuk kemaluan dicari polis

0
1

POLIS sedang mengesan seorang pemandu e-hailing yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita dengan menunjuk kemaluannya ketika menghantar makanan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata pihaknya telah menerima aduan daripada wanita terbabit, jam 6.36 petang pada Selasa lalu.

“Mangsa mengatakan ketika sedang mengambil barang yang dipesan dari pemandu e-hailing Grab di hadapan bangunan pejabat, dia telah ternampak zip seluar suspek dalam keadaan terbuka sehingga menampakkan kemaluan suspek.

“Apabila wanita itu hendak mengambil barang dari lelaki tersebut, dan suspek bertindak memegang pergelangan tangan kiri mangsa namun dia berjaya menarik semula tanganya dan terus beredar dari tempat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Semasa kejadian, suspek menggunakan kenderaan jenis Perodua Bezza di mana adalah berbeza dari rekod yang terdapat dalam pesanan aplikasi Grab.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun, Keseksaan. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak berkelakuan melampaui batas.

“Pihak polis juga amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh. menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-5621 0343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan untuk tindakan lanjut. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here