DBKL akan selesai aduan dalam 24 jam -Shahidan

0
1
shahidan kasim

[PARLIMEN] MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan nombor telefon peribadinya bagi memudahkan orang ramai menghubunginya sekiranya ada jalan berlubang di Kuala Lumpur

Shahidan juga berkongsi nombor telefon timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

“Yang Berhormat boleh hubungi Menteri (019 4545 111); Timbalan Menteri (Datuk Seri Jalaluddin Alias) 019 6524 444; serta Datuk Bandar (Datuk Seri Mahadi Che Ngah) 016 2068 883,” katanya dalam sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah bersetuju bertindak atas sebarang aduan kerosakan jalan raya di ibu negara dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga 24 jam. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak dan berbahaya, hubungi dan kita ambil tindakan dalam masa 24,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here