JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang hampir pitam ketika sesi siaran langsung di Instagram bersama peminatnya semalam berkemungkinan terkena ‘gangguan’ misteri.
Menerusi sesi live DSV di Instagramnya, memaklumkan dirinya berasa sangat lemah, badan menjadi panas dan hampir muntah tanpa diketahui penyebabnya.
“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ini, tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?.
“Saya terkena apa-apa ke? gangguan ke? nak muntah rasanya tapi tak lepas, saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya.
Sejurus kejadian itu, DSV telah mengadakan sesi solat hajat beramai-ramai di rumahnya bagi mengelakkan diganggu perkara yang tidak diingini.
Malah, beliau turut mencetak beberapa ayat al-Quran termasuk ayat Kursi sebagai ‘pendinding diri’.
“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam.
“Jadi hari ini siapa nak ‘kenakan’, saya dah letak ayat Kursi sebagai pelindung,” katanya. – Malaysiapost

