‘Saya menangis bukan main-main’ – Adun Pantai Kundor

0
1

“SAYA menangis bukan main-main,” kata Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, antara empat wakil rakyat yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dalam sidang media bersama Adun Sungai Udang, Datuk Idris Haron hari ini, Nor Azman menangis sambil meminta maaf kepada rakyat Melaka susulan keputusan dibuatnya bersama Idris serta dua lagi Adun.

“Saya cakap ikhlas… saya nangis bukan main-main. Saya minta maaf kepada rakyat Melaka, kami buat ini untuk kamu semua.

“Saya sudah jumpa macam-macam orang yang beri nasihat, mereka kenal siapa saya. Saya harap Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) faham,” kata wakil rakyat Umno itu.

Beliau seterusnya menyelar Ahmad Zahid susulan kenyataan Presiden Umno itu memecat beliau dan Idris susulan menolak kepemimpinan Sulaiman.

“Kalau inilah perangai kau, rakyat akan tolak mentah-mentah,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid menegaskan dua Adun Umno di Melaka yang mengkhianati parti akan dipecat kerana mereka hilang taat setia kepada Umno. – Malaysiapost

Kredit Foto: Melaka Hari Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here