117 kematian akibat Covid-19 semalam, 16 kes BID

0
1
Jenazah covid-19 ditutup dengan keranda selepas dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA mencatat sebanyak 117 kematian akibat jangkitan Covid-19, semalam.

Berdasarkan data di portal COVIDNOW, sebanyak 16 daripada jumlah keseluruhan adalah kes kematian diluar hospital (BID).

Daripada jumlah terkini itu, kumulatif kematian akibat pandemik itu sudah mencecah 26,876.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Johor (19), Perak dan Selangor masing-masing 14 manakala Kelantan dan Sabah pula masing-masing 11 kes.

Negeri-negeri yang merekodkan kes kematian di bawah 10, iaitu Kedah (8), Terengganu (5), Pahang (4), Kuala Lumpur (4), Melaka (2), Perlis (2), Negri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Manakala bagi Labuan atau Putrajaya pula tiada kematian dicatatkan.

Dalam pada itu, kes Covid-19 yang aktif sehingga semalam adalah sebanyak 135,945, berkurangan 23.1 peratus dari seminggu yang lalu.

Sebanyak 135,945 kes aktif direkodkan dengan 846 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 441 memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here