
KUALA LUMPUR, 1 Mac -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap pada sidang media bersama para Pimpinan PAS Pusat berikutan perkembangan isu politik semasa di Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
PAS kesal di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik Covid-19 ini.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan.
Pada masa sama, katanya, PAS telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut.
“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan dibantu Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini- Malaysiapost
