Kak KM nasihat PU Syed jangan ambil ‘kerja tuhan’, ajak bersemuka

0
1

BERANG selepas ditegur Pencetus Ummah (PU) Syed mengenai keberkatan rezeki, usahawan Kak KM mengajak pendakwah bebas itu bersemuka.

Anak kepala pelakon veteran, Normah Damanhuri itu juga menasihatkan PU Syed untuk tidak mencampuri urusan membabitkan kerja tuhan.

Difahamkan, situasi tegang itu timbul selepas PU Syed memaklumkan di Instagram dia sering disebut (tag) oleh netizen di media sosial mengenai Kak KM.

Bagaimanapun, PU Syed mendakwa dia sudah beberapa kali memberi teguran kepada usahawan itu selain memaklumkan suami, ahli keluarga terdekat yang seharusnya wajib menegur dan menasihati Kak KM agar menutup aurat.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyentuh mengenai soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa, rezeki yang dimiliki tidak berkat.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan PU Syed itu, usahawan itu berkata, dia boleh menerima teguran dengan hati terbuka namun bukan seperti yang dilakukan oleh pendakwah berkenaan yang disifatkan kurang ajar.

“Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar. Aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang ‘face to face’ dengan aku, aku tak takut!

“Kau dah menilai orang, kau nak cakap aku ni pendosa, duit tak berkat, kau kalau betul, tegur cara baik bukan memalukan macam tu. Semua orang baca, nak orang pandang kau apa? Mulia?,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia tidak mempedulikan anggapan orang terhadap dirinya kerana sudah lali dengan situasi berkenaan sejak berniaga enam tahun lalu

“Kak KM ni orang biasa, kita boleh terima teguran ke, nasihat. Tapi bukanlah kau nasihat aku, aku nak terus pakai pakai tudung, sorry beb! Melainkan kita tersedar, dapat hidayah.

“Kak KM tak kisah pun apa orang nak fikir, dah lali selama enam tahun berniaga. Aku tak pernah peduli apa orang nak cakap, kita tahu apa kita buat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here