[PARLIMEN] INSIDEN yang mengorbankan empat anggota Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu masih dalam siasatan polis.
Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang berkata, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti jika wujud elemen jenayah dan punca sebenar insiden itu.
“Siasatan oleh pihak TUDM juga turut dibuat berkaitan aspek pentadbiran, prosedur operasi standard (SOP), isu kebajikan dan sebagainya,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam insiden itu, salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri di pondok pengawal. – Malaysiapost

