Penghinaan kepada rakyat Melaka – MUDA

0
1
Setiausaha agung penaja Muda, Amira Aisya.

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka, sebagai penghinaan kepada rakyat negeri itu.

Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya berkata keputusan keempat-empat Adun terbabit adalah satu percaturan kuasa politik dan parti semata-mata.

“Meskipun tindakan ini sah menurut lunas undang-undang, ia tidak menggambarkan rasa hormat kepada mandat dan kuasa rakyat yang telah diterjemahkan sejak Pilihan Raya raya Umum ke-14.

“Sebaliknya, ia hanya mengabaikan kebajikan rakyat yang telah berkorban sekian lama untuk memastikan keadaan Malaysia pulih. Kini setiap pengorbanan rakyat dibuang begitu sahaja demi kepentingan kuasa segelintir ahli politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Beliau berkata, perkembangan baharu tersebut sangat mendukacitakan.

“Tindakan mengutamakan kedudukan politik serta ketaksuban terhadap kuasa secara terang-terangan harus dikutuk semua rakyat Malaysia.

“Rakyat sudah tidak boleh lagi tunduk dengan permainan politik yang akhirnya hanya menguntungkan ahli politik,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Aizzat Nordin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here