Beruang matahari ditangkap di Kampung Rahmat, Terengganu

0
1

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari di Kampung Rahmat, Chalok di Setiu, Terengganu pada 25 September lalu.

Perhilitan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasi tangkapan itu dibuat sejurus menerima maklumat daripada penduduk kampung tersebut yang melihat kehadiran haiwan itu sejak 22 September lalu.

“Bagaimanapun, beruang tersebut berada dalam keadaan yang sihat sepanjang operasi ini dijalankan dan ia telah dilepaskan di habitat yang sesuai.

“Sehubungan itu, pihak PERHILITAN mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung atas kerjasama mereka sepanjang operasi ini dijalankan,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here