Pelajar UPM kumpul dana bantu golongan OKU

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633239326974","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

Rahmawati Nurdin

GOLONGAN orang kurang upaya (OKU) antara yang turut terkesan akibat penularan Covid-19.

Ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama yang mengambil upah harian seperti menjadi tukang urut, berniaga, penghibur di jalanan dan sebagainya.

Justeru 33 pelajar Komunikasi dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Empowering Disabilities dengan kerjasama Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda, Selangor untuk mengumpulkan dana bagi membantu golongan tersebut.

Para pelajar dan peserta mengambil gambar kenangan bersama ahli panel semasa sesi sembang santai.

Kumpulan pelajar terbabit adalah mereka yang mengambil Kursus Pembangunan Kesukarelawanan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar.

Pengarah Program, Dharshna Murthy Darmalingam berkata, usaha itu dijalankan atas keprihatinan terhadap nasib golongan OKU di negara ini.

“Objektif program ini dijalankan adalah untuk melahirkan masyarakat prihatin dan cakna dengan masyarakat sekeliling serta membuang sifat mementingkan diri dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

“Program yang berlangsung selama lebih sebulan ini menjalankan kutipan secara dalam talian bagi membantu golongan OKU yang terjejas di sekitar Selangor yang akan disalurkan melalui Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda,” katanya.

Sempena program itu, turut diadakan ialah aktiviti Sembang Santai: Antara Impian dan Realiti yang diadakan secara dalam talian, antara lain Ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Sembang Santai itu disertai pelajar bersama tiga panel dalam kalangan OKU iaitu Fendy Caliph Buskers, Dr Ruzimi Muhammed yang juga pakar motivasi dan pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi UPM, Dr. Mastura Mahamed.

Pelbagai isu dibincangkan bagi membuka mata masyarakat tentang realiti kehidupan golongan OKU.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Prof Dr Mohd Azidan Abdul Jabar turut menyokong program itu yang disifatkannya dapat memberi peluang kepada mahasiswa menyalurkan bakti dan meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

Prof Dr. Mohd Azidan Abdul Jabar, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

“Mahasiswa perlu menanamkan nilai keprihatinan dan kepimpinan dalam diri dan berharap dapat melihat para pelajar menjadi anggota masyarakat cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga kepemimpinan dan kepribadian.

“Disamping itu, program seperti ini memberi peluang kepada mahasiswa memantapkan kemahiran insaniah atau soft skill mereka agar dapat menjadi mahasiswa dambaan para majikan apabila bergraduat kelak.” katanya.

Setakat ini kumpulan pelajar tersebut telah mengumpulkan wang tunai lebih RM3,000 dan berharap akan mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Rahmawati Nurdin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here