Bekas Ketua Bersatu Putrajaya umum keluar parti sertai Umno

0
2

UMNO Putrajaya menerima permohonan Bekas Ketua Bersatu Putrajaya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir dan 120 individu lain untuk menyertai parti itu, hari ini.

Permohonan borang kemasukan keahlian itu diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Difahamkan, Erwan turut mengumumkan keluar dari Bersatu berkuatkuasa serta merta dan kembali menyertai Umno.

Tengku Adnan menerusi Facebooknya berkata, tindakan Erwan dan 120 individu berkenaan kerana yakin dan percaya terhadap parti itu.

“Alhamdulillah. Umno jadi pilihan dan tetap relevan. Hari ini Umno Bahagian Putrajaya menerima permohonan bekas Ketua PPBM Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir bersama 120 orang untuk menyertai Umno.

“Keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dan percaya bahawa hanya Umno sahaja yang dapat memartabat dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu.

“Seperti mana yang dinyatakan di dalam asas dan tujuan penubuhan Umno dan juga setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, beliau percaya ramai lagi akan kembali menyertai Umno.

“Saya percaya, ramai lagi yang akan kembali bersama dalam landasan perjuangan Umno selepas ini, Insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here