Tak boleh perbaharui lesen memandu jika tak mengundi, cadang Ahmad Maslan

0
1
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Setiausaha Agung UMNO Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan keluar dari Menara Dato’ Onn selepas UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal berlangsung esok. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

[PARLIMEN] SEORANG penyokong kerajaan mencadangkan supaya individu yang tidak keluar mengundi dikenakan denda, misalnya antara RM100 hingga RM200 atau tidak boleh memperbaharui lesen memandu.

Cadangan pindaan Perlembagaan itu dikemukakan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika menyampaikan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 22 negara telah mewajibkan rakyatnya mengundi, antaranya Brazil, Mesir, Greece, Argentina, Mexico, Peru serta negara jiran, Thailand dan Singapura.

“Kenapa kita perlu pinda Perlembagaan dan wajibkan rajkyat mengundi, lima tahun sekali tak pergi mengundi, apa ke benda ni? Bukan sebulan sekali.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 82.32 peratus keluar mengundi. Daripada 14.9 juta pengundi, yang keluar cuma 12.2 juta, lagi 2.7 juta tidur ke apa, tak keluar mengundi walau lima tahun sekali.

“Jadi saya cadangkan mereka yang tak keluar mengundi kita denda… contoh RM100, RM200 atau tak boleh memperbaharui lesen memandu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here