MPN ditubuhkan di setiap negeri – Muhyiddin

0
1

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) akan ditubuhkan di setiap negeri supaya dapat melaksanakan keputusan dengan segera sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama MPN, baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu memberi tumpuan untuk memperkukuhkan sektor-sektor ekonomi yang memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Selain itu, menyediakan ekosistem yang kondusif bagi merancakkan pemulihan Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi mesra perniagaan dan pelaburan, yang mempunyai teknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah atau value-added yang lebih besar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga perlu meneruskan tindakan proaktif di bawah Majlis Pekerjaan Negara untuk mencapai sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan pada tahun ini.

“Setakat ini 376,000 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan di bawah inisiatif kerajaan.

“Pada permulaan pelaksanaan RMK-12 ini, usaha mengenal pasti secara agresif golongan yang mengganggur akibat pandemik Covid-19 perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah berkenaan penting dalam usaha untuk merangka strategi dan tindakan proaktif bagi menyediakan bentuk-bentuk bantuan mengikut realiti yang didepani setiap rakyat pada hari ini.

“Ia supaya segala bantuan dapat disalurkan secara bersasar dan memenuhi kehendak golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here