Lelaki ada 23 rekod jenayah ditahan orang awam ketika meragut

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633006340411","origin":"free_style","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

SEORANG peragut berjaya dicekup oleh orang ramai selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Gerai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Jalan SG 3/11, Taman Sri Gombak, Gombak, hari ini.

Penjenayah berusia 29 tahun itu, ditahan selepas meragut beg seorang wanita berusia 33 tahun di kawasan berkenaan dan video tangkapan oleh orang awam itu kemudian tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata Kaunter Aduan Balai Polis Gombak menerima laporan mengenai kejadian pada 8.10 pagi tadi.

“Berdasarkan laporan itu, semasa mangsa berada di hadapan Gerai MPS berkenaan, sebuah motosikal jenis Yamaha LC ditunggang oleh suspek telah meragut beg ‘clutch’ mangsa.

“Ketika cuba melarikan diri suspek telah terlanggar sebuah kenderaan orang awam dan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian, suspek telah berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai 20 rekod jenayah pelbagai kesalahan dan tiga rekod berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas motosikal ditunggang suspek juga mendapati ia adalah motosikal curi yang dilaporkan hilang di daerah Kajang.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok jam 9.30 pagi bagi tujuan permohonan reman,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih terhadap tindakan proaktif orang awam sehingga tertangkapnya suspek dan mengalu-alukan sebarang penyaluran maklumat yang dapat membantu dalam konteks pencegahan jenayah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here