10 tahun tunggu cahaya mata, anak Azmi Caliph Busker pergi jua

0
1

ANAK vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, Khairul Afnan yang baru berusia tiga hari, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd Saat, 34, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulis Azmi.

Azmi sebelum itu memaklumkan anaknya mengalami masalah kesihatan, iaitu mengalami masalah fungsi otak.

Katanya, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Sebelum ini, Azmi dan isterinya, Nazirah Muhammad amat gembira dengan kelahiran Afnan kerana sudah 10 tahun menanti untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Nazira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka dengan berat 3.3 kilogram, tepat jam 9.09 pagi di sebuah pusat perubatan, pada 27 September lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here