Pembaziran, sampai RM30 juta – Syed Saddiq

0
1

KENAPA kerajaan suka bazir duit untuk pejabat dan kediaman rasmi ni? Sampai RM30 juta, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu mempertikaikan perkara itu menerusi ciapannya di Twitter hari ini.

“Orang tengah susah, lapar dan sakit! Beribu perniagaan kena tutup, orang bankrap, student tak boleh bayar yuran universiti. Bantulah mereka,” catatnya.

Terdahulu, isu kos baik pulih Seri Perdana telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan status projek berkenaan yang didakwa menelan kos sebanyak RM30 juta serta justifikasi projek terbabit.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kerja pengubahsuaian dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Katanya, selain itu juga, kos yang dikatakan menelan belanja sehingga RM30 juta itu turut membuat pengubahsuaian terhadap imej dalam menyambut tetamu utama negara.

Jelas Ismail Sabri, status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri itu kini mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu.

“Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri.

“Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here