Azri diam-diam cucuk vaksin tanpa pengetahuan Ellie

0
1

RUPANYA dalam diam-diam aktor Azri Iskandar telah menerima suntikan vaksin Covid-19 tanpa pengetahuan isterinya Ellie Suriyati.

Menurut Ellie yang lantang menolak suntikan vaksin Covid-19, suaminya dengan berat hati telah ‘menyahut’ seruan kerajaan untuk divaksinasi demi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai anak seni.

Pengarah berusia 51 tahun itu akur dengan pilihan suaminya dan faham situasi yang dihadapi suaminya sebagai ketua keluarga perlu bekerja mencari nafkah untuk keluarga mereka.

“Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.

“Dia tak happy dengan perkara ni (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga dia kena cari nafkah.

“Sebab itu, dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya,” katanya dipetik MStar, hari ini.

Mengulas lanjut, Ellie rasional terhadap tindakan Azri, 49, kerana memahami dengan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya pelakon yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

“Pada saya…saya pun tak nak bergaduh, itu pilihan dia. Tak apalah. Tak ada gaduh pun di rumah.

“Jika dia jatuh sakit, saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga berpecah sebab keputusan ni,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan selain Ellie dan Azri, dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun turut enggan menerima vaksin Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here