Timbalan KM Sarawak positif Covid-19

0
1

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dayakdaily melaporkan Presiden Parti Rakyat Bersatu (PRS) itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS.

“Ya, saya positif Covid-19. Doktor tidak mahu mengambil apa jua risiko, jadi mereka meletakkan saya di ICU di HUS. Saya rasa baik,” katanya dipetik portal itu.

Sementara itu, pejabat Masing dalam satu kenyataan memaklumkan beliau yang sudah lengkap dua dos vaksin, bergejala ringan dan keadaannya stabil.

Pada 31 Mei lalu, Masing kehilangan adik lelakinya, Jantai, 68, akibat Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here