SISTEM teknologi kepintaran buatan (AI) digunakan untuk mengesahkan orang ramai yang lupa ‘check out’ MySejahtera, memang betul-betul terlupa untuk berbuat demikian.
Ketua Data CPRC Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Mahesh Appannan berkata, sistem AI mengesan sama ada pengguna berkemungkinan besar lupa “check out”, dengan menggunakan tempoh purata.
Katanya, purata itu amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion “check-in”.
“Sistem AI mengggunakan “exposure window” serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi tersebut.
“Sebelum “check out” diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan “upper bound” pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.
“Contohnya, jika check-in di Restoran X pada 7 malam, dan Restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama satu jam.
“Sekiranya check-in berturutan bersifat “outlier” (contoh anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai “outlier”, dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi),” katanya menerusi laman Twitter, hari ini.
Justeru, Dr Mahesh berkata, orang ramai tidak perlu risau bahawa pihak KKM tidak menganggap mereka berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk “check out” MySejahtera.
“Kini, kami minta pengguna untuk “check out” kerana ini akan membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat. Namun, sama seperti dulu, sistem dapat mengesan sama ada pengguna itu
“Satu lagi contoh: Pengguna check-in di Restoran X pada 7pm, dan check-out pada 8am esok.
“Sistem akan melihat – secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7pm. Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang misleading.
“Oleh itu, kami amat menggalakkan pengguna untuk “check out”. It helps us help you,” katanya. – Malaysiapost

