MOT tidak berhajat arah warga emas berusia lebih 70 tahun kembalikan lesen memandu

0
1

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan arahan yang mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu kenderaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia bukan pendirian kementerian dan tidak berhasrat menukar akta sedia ada berhubung perkara terbabit.

“Sebenarnya, MOT tidak pernah beri arahan untuk mensyaratkan warga emas lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen.

Tidak pernah. “Kerana kompetensi (kecekapan) berlainan. Macam Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) beliau boleh memandu jauh lebih baik berbanding pemandu yang ‘gila-gila’ bawa kereta di jalan raya.

“Sebab itu tidak boleh ada diskriminasi terhadap individu berusia lebih 70 tahun dan saya tegaskan ini bukan pendirian MOT,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh mengenai syor berkaitan syarat khas lesen memandu warga emas.

Menurutnya, kementerian memang tidak pernah berhajat mengenakan syarat sedemikian kerana kecekapan pemanduan bukanlah terletak pada faktor umur.

“Kita lihat banyak sebab atau faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here