Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

0
2

Bapa kepada penyanyi terkenal, Faizal Tahir, meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Berita pemergian Allahyarham Dr Mohd Tahir Abdul Rahman , 71 yang juga aktivis Palestin itu dikongsi anaknya, penyampai radio Zayan, Anas Tahir menerusi Instagram miliknya hari ini.

Seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir turut berkongsi berita sedih itu di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan bapanya meninggal dunia pada jam 3.40 pagi tadi.

Sementara, Faizal meletakkan sekeping foto hitam di akaun Instagram miliknya.

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis Aqsa Syarif, sebuah badan NGO memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here