Lelaki berkelakuan tidak senonoh ditahan

0
1

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) USJ 21, Subang Jaya, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit susulan laporan daripada seorang wanita pada jam 12.54 tengah hari, kelmarib di Balai Polis USJ 8.

“Ketika kejadian, mangsa mendakwa suspek telah datang lalu membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya serta berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Abd Khalid berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

“Jika disabit bersalah, suspek akan dihukum penjara selama tempoh lima tahun atau denda, ataupun kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak berkelakuan melampaui batas.

“Selain itu, kita turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut.

Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here