i-Citra: Saya bukan Menteri Kewangan – Najib

0
1

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan membawa isu pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam perbahasan bagi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, petang ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pernah lupa berkenaan isu tersebut, malah telah menyarankan perkara itu di Dewan Rakyat, dua minggu lalu bagi menaikkan jumlah pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000.

“Aduh. Antara paling awal sarankan skim i-Lestari, saya. Yang tuntut sehingga dapat i-Sinar walaupun diberitahu PM8 dengan Ahli Parlimen lain bahawa ianya sukar dan seumpama syarat Gunung Ledang, saya.

“Yang bantah syarat-syarat terlalu ketat i-Sinar pada awalnya sehingga ianya dilonggarkan, saya. Yang diserang dan dimaki jentera kerajaan PN termasuk JKOM sebab tuntut i-Sinar masa itu, saya. Yang perjuangkan i-Citra ketika bermulanya PKP 3.0, saya.

“Tapi saya juga yang disalahkan sebab had pengeluaran i-Citra belum dinaikkan dari RM5,000 ke RM10,000 walaupun saya bukan Menteri Kewangan ataupun PM?

“Saya tak lupa isu ini, status terkini, dua minggu lalu saya sarankan sekali lagi untuk i-Citra dinaikkan ke RM10,000 dalam perbahasan Dewan Rakyat saya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan ada pihak menyalahkannya susulan tuntutan menaikkan had pengeluaran i-Citra kepada RM10,000 masih belum diluluskan kerajaan.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP minggu lalu juga sudah bersetuju untuk membawa cadangan RM10,000 i-Citra kepada Menteri Kewangan selepas perbincangan bersama Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang membawa suara rakyat berhubung tuntutan itu.

“Bagaimanapun, petang nanti saya akan sebut sekali lagi dalam perbahasan saya berhubung RMK12.

“Tapi fokus saya nanti akan lebih kepada mencari jalan dengan memberi cadangan-cadangan untuk kerajaan pulihkan simpanan-simpanan Rakyat dalam KWSP serta cara-cara kerajaan boleh bantu Rakyat membina kekayaan peribadi,” katanya.

Kredit Foto: Facebook/Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here