Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu MoU lancar

0
2

MESYUARAT pertama Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) selesai diadakan di Putrajaya, hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang turut sama dalam mesyuarat berkenaan memaklumkan sebahagian besar daripada 18 perkara termaktub dalam MoU berkenaan telah dibincangkan.

Menurutnya, proses pelaksanaan juga akan dilakukan berhubung perkara yang telah dibincangkan itu.

“Sejumlah besar dari 18 perkara MoU dibincangkan hari ini, dan dalam proses pelaksanaan.

“Mesyuarat berikut insya-Allah dalam masa dua minggu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi gambar mesyuarat dihadiri wakil dari blok kerajaan iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz

Blok pembangkang pula diwakili Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Hadir sama selain Fahmi adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here