Zahid akui perjalanan karier politiknya berliku, berdepan tekanan ‘maha hebat’

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui terlalu banyak ujian dan cabaran terpaksa ditempuhinya sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Tambahan pula katanya, beliau terpaksa berdepan dengan sasaran propaganda lawan politik kerana dirinya merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu.

“Terus menjadi sasaran propaganda mereka kerana saya Presiden Umno yang seterusnya yang dilantik secara demokratik.

“Syukur ke hadrat Allah SWT memberi segenap kekuatan untuk diri berdepan segala ujian dan liku tersebut,” katanya di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, keadaaan itu sekali gus menyebabkan ramai yang bertanya bagaimana beliau menghadapi dan mengendali cabaran serta tekanan maha hebat berkenaan.

“Pertama, sentiasa bersikap rasional dalam berdepan sesuatu perkara dengan melakukan penelitian dan pemerhatian secara mendalam.

“Kedua, jangan mudah terpengaruh dengan emosi sebaliknya mengunakan akal anugerah Tuhan untuk mengkaji dan menganalisa keadaan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, kurangkan mengeluh, merungut, merintih dan lebihkan tindakan kerana ‘Actions speak louder than words’.

“Keempat, melihat sesuatu yang menimpa adalah sebahagian ujian kehidupan yang perlu ditempuhi.

“Kelima, meyakini ada hikmah oleh Allah SWT disebalik setiap perkara yang berlaku. Keenam, meyakini kebatilan tidak sesekali mengatasi kebenaran dan masa akan memperlihatkannya,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, beliau menyedari dalam hidup ini ada lebih banyak yang baik daripada yang buruk, selain sentiasa bersedia memaafkan kerana tiada manfaat dendam kepada diri dan orang lain.

“Dan yang paling penting selalulah bersujud memohon pertolongan serta panduan daripada Allah SWT.

“Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua yang bertanya. InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here