ST Rosyam Mart Setiawangsa jadi ‘Toybank Prihatin’

0
2

Sharifudin Abdul Rahim

RUMAH Prihatin dengan kerjasama ST Rosyam Mart menjadikan pasar raya itu sebagai lokasi pengumpulan barangan mainan kanak-kanak hari ini.

Toybank Prihatin merupakan salah satu khidmat masyarakat Rumah Prihatin, bertujuan memberi keceriaan kepada kanak-kanak di dalam Wilayah Persekutuan terutama mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Toybank Prihatin telah berjaya menyumbang kepada lebih 500 kanak-kanak yang kurang berkemampuan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ia termasuk rumah perlindungan kanak-kanak, rumah-rumah anak yatim di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, golongan kurang kemampuan dan pesakit di Hospital Kanak-kanak Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara pihak yang menyumbang kepada Toybank Prihatin, termasuk Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Nicole Wong Siaw Ting, ST Rosyam Mart, Giant Hyper Market Setiawangsa, Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GGBM) Wilayah Persekutuan, Adam dal Fried Sdn Bhd.

Selain, Persatuan Ibu Tunggal D’Sayang Wangsa Maju Kuala Lumpur, Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Prihatin Kuala Lumpur, KRT Perumahan Awam Setapak Jaya 1A, KRT Air Panas Luar, Aspirasi Perdana Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Kelab Amal Prihatin Setiawangsa.

Malah turut menyumbang, Syarikat YY Bina, Kelab Sukan Air Dinamik Muda, Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (YOU4WP), Generasi Milenial KL dan Selangor (GEMAS) dan Persatuan Berkat Inspirasi.

Orang ramai turut dialu-alukan menyumbang dan dapat berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yang terkesan.

Rumah Prihatin juga berharap hub Toybank Prihatin dapat ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan strategik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here