Pelan Perpaduan Negara tekan penghayatan Rukun Negara

0
1

KEMENTERIAN Perpaduan Negara sedang memuktamadkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata pelan itu akan memberi penekanan penghayatan Rukun Negara bagi membina masyarakat harmoni dan sejahtera.

Katanya, ianya merangkumi tiga aspirasi penting bagi memacu pelaksanaan strategik dalam usaha mencapai Dasar Perpaduan Negara ditetapkan.

“Pertama, memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara dalam usaha membina rakyat yang patriotik dan demokratik.

“Kedua, untuk membentuk identiti nasional dengan semangat kekitaan, prihatin, inklusif serta bertanggungjawab dan akhirnya, melahirkan rakyat Malaysia yang membudayakan perpaduan untuk kita terus memperkasakan ekosistem perpaduan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Halimah menjelaskan, kementerian sedang memuktamadkan Pelan NGO (badan bukan kerajaan) Rakan Perpaduan bagi meningkatkan aspirasi rakyat terhadap negara.

Katanya, pelan terbabit adalah bagi menyokong pelaksanaan program perpaduan supaya dapat dibudayakan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Penghasilan semua dokumen ini diambil kira dari pelbagai sudut dan akan dibentang kepada Kabinet untuk dipersetujui berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here