22 daripada 56 ahli politik langgar SOP telah dihukum – Hamzah

0
1

[PARLIMEN] SERAMAI 56 ahli politik telah ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu didedah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memaklumkan 22 daripadanya telah dikenakan hukuman denda manakala 25 lagi masih dalam siasatan.

“Lapan kes diletakkan tiada tindakan lanjut (NFA) dan seorang ahli politik sudah dikenakan tuduhan di mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar).

Hamzah menambah, semua kes pelanggaran SOP itu berlaku antara 18 Mac 2020 ketika negara ini dikenakan PKP menyeluruh, sehingga 25 Ogos lalu.

Terdahulu, Syed Saddiq mengemukakan soalan berhubung jumlah ahli politik yang dikesan melanggar SOP sepanjang penguatkuasaan PKP.

Syed Saddiq membangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat berhubung sebilangan ahli politik dituduh makan di tempat awam, “dine-in” di restoran, selain tidak memakai pelitup muka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here