Jelutong tanya kenapa rakyat dapat Sinovac, YB dapat Pfizer

0
1
awani

[PARLIMEN] Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat kenapa wakil rakyat diberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer, berbanding rakyat yang menerima dua jenis vaksin yang lain.

Rayer membangkitkan persoalan itu ketika bangun dan mencelah untuk meminta penjelasan ketika Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba sedang menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya.

Menurut Rayer, beliau sering ditanya oleh masyarakat di kawasannya berkaitan perkara tersebut, kenapa ada pelbagai jenis vaksin diberikan kepada orang ramai.

“Soalan yang dilontar kepada saya ialah kenapakah wakil rakyat mendapat Pfizer, rakyat di luar sana dapat Sinovac?

“Cadangan saya ialah wang yang digunakan untuk (bangunkan) vaksin baharu, kerajaan sekarang guna beli vaksin Pfizer untuk semua. Berikan yang terbaik untuk semua rakyat. Semua rakyat wajib dan wajar diberikan Pfizer,” katanya.

Menjawab soalan Rayer, Adham berkata, Pfizer merupakan vaksin Covid-19 paling awal diterima Malaysia berbanding Sinovac dan Astrazeneca.

“Wakil rakyat dapat Pfizer kerana pada Februari, kita telah mendapat bekalan Pfizer paling awal. Jadi kita kena beri cepat kepada masyarakat.

“Ini semua melalui NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang mana mereka melihat kepada tiga perkara iaitu keberkesanan, kualiti dan keselamatan.

“Ketiga-tiga vaksin yang masuk awal iaitu Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca, kesemua selamat digunakan,” katanya.

Adham berkata, kesemua vaksin itu memiliki tahap keberkesanan tinggi dan terbukti mampu mengurangkan risiko sekiranya dijangkiti Covid-19.

Menjawab satu lagi soalan Rayer, Adham berkata pelajar sekolah akan diberikan vaksin jenis Pfizer kerana data klinikal menunjukkan ia membawa keberkesanan kepada kanak-kanak dan lebih banyak kebaikan daripada kemudaratan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here