Pantau anak anda

0
1

IBU bapa dinasihatkan agar sentiasa memantau anak dibawah umur 17 tahun supaya tidak terbabit aktiviti berbasikal berkumpulan di ibu negara. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya, berkata ia susulan pihaknya mengesan aktiviti berkenaan di sekitar ibu negara pada malam minggu lalu. 

Menurutnya, satu video berhubung aktiviti kumpulan individu berbasikal berkenaan yang berkeliaran di Jalan P Ramlee menghala ke KLCC turut tular di media sosial. 

“Kejadian berlaku 11.40 malam Sabtu lalu dan pihak Polis Dang Wangi telah mengesan kumpulan terbabit serta menyuraikan ketika mereka berada di Jalan Sultan Ismail /Jalan Medan Tuanku. 

“Mereka diberi amaran dan dinasihatkan kembali ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata, di dalam hal berkenaan polis ingin menasihatkan masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Ini agar kita dapat memutuskan rantaian Covid-19 walaupun seluruh Kuala Lumpur telah beralih ke Fasa 2 PPN yang berkuatkuasa 10 September lalu. 

“Pada masa sama, polis menasihati ibu bapa agar memantau anak-anak dibawah 17 tahun daripada terlibat dalam aktiviti terbabit,” katanya. 

Noor Dellhan juga memohon kerjasama masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan pelanggaran SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sekitar Dang Wangi. 

Menurutnya, maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here