Kilang haram lebur logam punca pencemaran udara di Sungai Petani

0
1

AKTIVITI peleburan logam yang dijalankan oleh kilang haram dikesan menjadi punca utama pencemaran udara di sekitar Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata banyak laporan dan aduan dibuat oleh penduduk mengenai kegiatan terbabit.

Beliau berkata, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati aduan berkenaan adalah berasas dan tindakan sewajarnya sudah diambil termasuk perintah larangan operasi.

“Kilang haram yang menjalankan aktiviti peleburan logam menjadi punca pencemaran udara di Sungai Petani, Kedah. 

“Menurut JAS, banyak aduan yang diterima daripada penduduk adalah berasas setelah siasatan dijalankan dan mendapati kegiatan itu berlaku terutama menjelang awal pagi,” katanya di laman Twitter, hari ini.

Beliau berkata, JAS sudah mengeluarkan perintah larangan dan menjalankan operasi bersepadu sejak 2019 lagi. 

“Kini, JAS merujuk perkara ini kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk tindakan diambil di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976; Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974; dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here