Pulau Pinang dipajak dari Kedah, jangan campuri urusan – MB Kedah

0
1
Muhammad Sanusi Md Nor

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini menjadi hangat apabila Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari negeri itu, maka tidak sepatutnya mencampuri urusan kerajaan negeri terbabit.

Jelas Menteri Besar Kedah itu, beliau faham tentang kebimbangan Pulau Pinang berhubung beberapa projek mega diumumkan oleh kerajaan negeri berkenaan yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran terbabit.

“Namun, sejarah bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah perlu sentiasa diingat.

“Justeru, negeri jiran itu tidak sepatutnya masuk campur dan menegur urusan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Sanusi (Pas-Jeneri) berkata, Pulau Pinang bukan negeri yang wujud dengan sendirinya, dalam sejarah Malaysia ada dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah.

“Jadi, jangan pula kita pajak tanah orang, kemudian kita marah pula kepada tuan tanah yang kita pajak itu. Itu tidak patut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (Pas-Sungai Limau) yang mahu mengetahui strategi kerajaan negeri dalam menangani rasa cemburu ‘negeri jiran’ susulan pengumuman beberapa projek berimpak tinggi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here