PM gembira, populasi dewasa capai 80 peratus lengkap vaksinasi

0
2
ismail sabri

POPULASI dewasa di Malaysia telah mencapai sasaran 80 peratus menerima lengkap dos vaksin Covid-19.

Perkhabaran gembira itu telah disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, hari ini.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.

“Teruskan usaha kita perangi Covid-19,” ciapnya.

Perkembangan positif ini merupakan berita baik untuk Malaysia kerana sasaran 80 peratus itu telah dapat dicapai lebih awal daripada jangkaannya.

Sebelum ini, Malaysia dijangka memasuki fasa endemik Covid-19 bulan depan selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada Oktober ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here