Kes harian Covid-19 kembali lepasi 15,000 kes

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

JUMLAH jangkitan harian baharu kes Covid-19 di Malaysia kembali melepasi 15,000 kes dengan mencatatkan 15,759 kes hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya hari ini kes baharu, itu menjadikan keseluruhan kes direkodkan sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,127,934 kes.

Sarawak merekodkan jangkitan harian tertinggi iaitu 3,732 kes (187,131 kes kumulatif), diikuti Johor 1,959 kes (182,338 kes kumulatif) dan Selangor 1,934 kes (661,608 kes kumulatif).

Pulau Pinang pula mencatatkan 1,417 kes (121,373 kes kumulatif), manakala Kelantan 1,338 kes (104,757 kes kumulatif), Sabah 1,291 kes (188,123 kes kumulatif) dan Perak 1,184 kes (93,354 kes kumulatif).

Sementara itu, Kedah merekodkan 786 kes (127,544 kes kumulatif), Pahang 707 kes (58,403 kes kumulatif), Terengganu 592 kes (49,336 kes kumulatif), Kuala Lumpur 359 kes (183,530 kes kumulatif), Melaka 264 kes (55,420 kes kumulatif) dan Negeri Sembilan 127 kes (95,883 kes kumulatif).

Putrajaya pula mencatatkan merekodkan 34 kes (5,926 kes kumulatif), Perlis 23 kes (3,274 kes kumulatif) dan Labuan 12 kes (9,934 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here