Tidak cukup 14 hari vaksinasi, pelancong ke Langkawi diarah patah balik

0
1

DUA penumpang feri yang tiba di Terminal Feri Kuah, Langkawi, semalam diarahkan pulang dan berpatah balik ke Terminal Feri Kuala Perlis susulan dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pelancongan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata kedua-dua penumpang terbabit yang juga wanita berusia 25 dan 35 tahun dikesan melalui operasi pemantauan pematuhan SOP Gelembung Pelancongan.

Menurutnya, penumpang berkenaan datang bersama-sama dan hasil pemeriksaan mendapati suntikan kedua vaksin Covid-19 mereka tidak mencapai tempoh 14 hari.

“Pemeriksaan di ketibaan feri di Kuah dapati kedua-dua penumpang ini telah terima dua suntikan vaksin tetapi suntikan kedua tidak mencapai tempoh 14 hari iaitu kurang tiga hari.

“Mereka dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang ada di tempat pemeriksaan ketibaan penumpang untuk pengesahan status vaksin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shariman berkata, kedua-dua penumpang terbabit kemudian diarah berpatah balik dan mereka kembali ke Kuala Perlis menggunakan feri Tanjung Lembong pada hari sama.

“Tiada kompaun dikeluarkan terhadap mereka.

“Semua pelancong yang ingin masuk dan semasa berada di Langkawi dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dari sebarang tindakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here