Sejak bila pula saya lompat, soal Syed Saddiq

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas dakwaan kononnya beliau Ahli Parlimen yang tidak berprinsip sehingga melompat parti.

Menerusi ciapan di Twitter, bekas Ketua Armada Bersatu itu menafikan dirinya pernah melompat ke parti lain, sebaliknya telah dipecat oleh Bersatu.

“Sejak bila pula saya lompat? Saya dipecat parti kerana tolak penubuhan “backdoor government”.

“Benda salah, takkan saya nak ikut membuta tuli? Saya ada prinsip, ada amanah rakyat untuk dijaga,” katanya di Twitter.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata demikian, menyanggah pandangan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkannya sebagai pemimpin muda yang gagal.

“Saya tengok macam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada saya dia gagal. Belum apa-apa lagi dah lompat sana, lompat sini.

“Kalau dulu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, duduklah bersama Tun. Mengapa lari daripada Bersatu kemudian jadi bebas?” kata Nazri.

Syed Saddiq tidak menyertai ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional, Mac tahun lalu.

Malah, beliau menubuhkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti politik masih belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here