Kerajaan digesa jelas jumlah sebenar pakej stimulus, BPR

0
1

SKIM pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar adalah sumber daripada wang simpanan rakyat dan tiada kena mengena dengan peruntukan dikeluarkan oleh kerajaan.

Perkara itu dipertikaikan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub yang berkata, pakej stimulus negara dan status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini telah menyebabkan beberapa isu berbangkit mengenainya.

“Apa yang menjadi persoalan, jumlah pakej-pakej yang diberikan adalah pakej keseluruhan nilai peruntukan yang dikira bersekali sama ada bantuan secara fiskal dan bukan fiskal.

“Begitu juga dengan moratorium pinjaman, termasuk pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan diskaun sewa premis atau rumah juga tidak bersumberkan peruntukan kewangan dikeluarkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salahuddin berkata, berdasarkan jawapan bertulis Menteri Kewangan, sehingga 31 Ogos 2021 sejumlah RM249.98 bilion telah disalurkan melalui lapan pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan sekarang.

Justeru, Timbalan Presiden Amanah itu berharap, Menteri Kewangan dan kerajaan tampil berani untuk memberi penjelasan berapakah jumlah keseluruhan sebenar peruntukan dana yang telah dibelanjakan untuk pakej bantuan stimulus kepada rakyat berdasarkan bantuan tunai secara terus dengan dana-dana yang dikeluarkan sejak kerajaan PN lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here