Hati Nabila hancur, hilang 400,000 pengikut saluran Youtube

0
2

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang dapat digambarkan kepada ujian yang terpaksa dihadapi penyanyi Nabila Razali.

Selepas diuji dengan kejadian kedai ayam goreng dipecah masuk, Nabila sekali lagi berhadapan ujian apabila saluran Youtube miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

Menerusi hantaran di Instastory, Nabila, 29, memaklumkan dia terkejut apabila menerima emel daripada pihak Youtube yang menyatakan salurannya telah memuat naik kandungan yang melanggar terma dan syarat.

Jelas plantun lagu Peluang Kedua itu, dia masih binggung dan belum mengetahui punca akaunnya dipadam, namun pihak pengurusan Nabila Razali Entertainment sedang berusaha mendapatkan semula akaun berkenaan.

“Ya Allah Youtube channel Nabila Razali Entertainment kena godam! Hati saya hancur. Sekarang team saya sedang berbincang dengan Youtube untuk menyelesaikan masalah ini.

“Harap sangat Bella dapat semula akaun ini. Korang tolong doakan ya! Tak ada mood hari ini,” catatnya di Instastory, hari ini.

Sementara itu, pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib meluahkan kebimbangan jika akaun yang memiliki lebih 400,000 pengikut itu tidak dapat dikembalikan semula buat selama-lamanya.

Jelasnya, akaun Youtube itu merupakan platform yang digunakan Nabila mempromosikan lagu dan kerjaya seninya.

Menurutnya, Nabila dalam perancangan untuk melancarkan lagu baharu tidak lama lagi.

“Akaun itu kita buat pada April 2020 semasa lancarkan lagu Peluang Kedua yang sehingga kini menerima lebih 32 juta penonton.

“Sayangnya sebab takkan lagu baru akan datang kita nak kena buat channel baru. Nak mulakan semula bukan senang. Insya-Allah kita akan usahakan untuk mendapatkan semula akaun itu,” katanya dipetik mStar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here