Tiada sesiapa boleh arah Peguam Negara

0
2

TIADA sesiapa boleh mengarahkan Peguam Negara untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu, kata Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau berkata, Peguam Negara tidak boleh diarahkan oleh kerajaan untuk merayu atau tidak berkenaan keputusan sesuatu kes berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Isu sama ada saya bersetuju atau tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah, itu isu berbeza. Saya hanya menyentuh isu persoalan sama ada Peguam Negara boleh diarahkan oleh kerajaan untuk merayu atau tidak.

“Jawapannya tidak boleh kerana Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberikan Kuasa Mutlak itu hanya kepada Peguam Negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sultan Johor semalam yang menggesa kerajaan Persekutuan menggugurkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan anak-anak yang dilahirkan oleh warganegara Malaysia di luar negara untuk diberi kewarganegaraan secara automatik, tanpa mengira ia ibu atau bapa kepada anak berkenaan.

Titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan negara ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairul Azam berkata kerajaan perlu meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan terlebvih dahulu jika mahu meletakkan frasa Peguam Negara bertindak mengikut nasihat pihak-pihak tertentu.

Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.

Dilaporkan, Kerajaan Persekutuan telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here